Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Kelab PROSTAR, SMK Sacred Heart, Sibu. 

 

Program Sihat Tanpa AIDS
untuk Remaja Malaysia

[PROSTAR]

        Laman Web Rasmi Kelab PROSTAR di SMK Sacred Heart, Daerah Sibu, Sarawak sedang dibuka dan masih dalam proses penambahbaikan. Laman ini dibangunkan bagi membolehkan semua warga SHS, khususnya ahli prostarian mengetahui maklumat dan berita terkini tentang PROSTAR.

        Terima kasih kepada pihak sekolah dan PIBG SMK SHS kerana selangkah maju ke hadapan dalam menyediakan prasarana ICT seiring dengan era globalisasi. Harapan supaya laman web ini dapat memanfaatkan semua warga sekolah, khasnya prostarian, untuk mempamerkan informasi yang penting.

       Sebenarnya, Kelab PROSTAR merupakan satu daripada kelab di Sekolah Menengah Kebangsaan Sacred Heart, Sibu yang terdiri daripada 35 orang prostarian di bawah bimbingan seorang guru penasihat. Kelab ini telah ditubuhkan sejak tahun 1998. Kelab PROSTAR ini berada di bawah pimpinan Lembaga Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) yang menfokuskan kepada para remaja kita yang berumur antara 13 hingga 25 tahun. Sepanjang tahun ini, pelbagai aktiviti yang menarik serta mencabar minda para prostarian telah dianjurkan. Antaranya, pertandingan-pertandingan seperti mengumpul keratan surat khabar, melukis poster, mahupun Kuiz AIDS yang mencabar tahap pemahaman prostarian tentang PROSTAR, khasnya isu-isu berkenaan dengan HIV / AIDS. Setiap aktiviti yang dijalankan pasti akan dibuat perancangan rapinya.

       

           Untuk pengetahuan semua, Kelab PROSTAR ini dibentuk khas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan serta kerjasama agensi-agensi berkaitan dalam usaha menangani masalah HIV / AIDS dalam kalangan remaja Malaysia.  Kelab Prostar merupakan sebuah organisasi bukan kerajaan dengan pelbagai rangkaian atau cawangan di seluruh Malaysia. Semua remaja Malaysia layak untuk menyertai kelab ini. PROSTAR menggerakkan remaja sebagai  Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS. Mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV / AIDS kepada remaja yang lain.

 

"Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja"

Edicy. Make a website.